2024 ni dah masuk tahun kedua aku iftar bersama-sama dengan rakan sekerja. Tahun ni tempat pilihan adalah di Courtyard by Marriott Setia Alam. Bufet Ramadhan di sini bertema kan Citarasa Kampung ku yang menyajikan menu-menu kampung nusantara.
Sejujurnya, aku takde la suka sangat makanan melayu bufet sebab banyak juga makanan melayu yang aku tak berapa gemar (ceyyyy Melayu murtad! hahaha) tapi, ada la 1 makanan yang aku teringin iaitu Siput Sedut Masak Lemak!
Guess what? Memang ada pun menu siput dekat situ. Aku terus grab x2 senduk hahaha. Pedas pun pedas. Memang kena la dengan tekak aku. Dekat situ akan ada station Gulai Lemak. Antara menu gulai lemak:- siput sedut, daging salai dan daging itik. Oh ya, makanan dekat sini agak pedas untuk orang yang tak biasa makan pedas. Kalau lidah Pahang macam aku, tahap kepedasan kat sini, biasa-biasa je la.
 |
| Source: Courtyard Instagram |
Menu lain yang aku suka adalahh Beef Brisket! Pehhhh chef tu baik hati tolong potong kan bahagian lemak daging. Memang juicy sangat aaaaaa masih teringat lemak tu cair dalam mulut 😭 Daging tu memang dibakar 3-4 jam untuk pastikan masak di dalam tapi dalam masa yang sama juicy tu tidak hilang. Sebagai meat lover~ aku approved daging ni memang sedap 👍🏻
 |
Source: Courtyard Instagram
|
 |
Source: Courtyard Instagram
|
 |
Source: Courtyard Instagram
|
 |
Source: Courtyard Instagram
|
Nanti kalau korang nak merasa makan bufet hotel 5 bintang, boleh la cuba dekat sini. Thank you company sebab belanja! Hehehehe.
Harga Bufet di Courtyard by Marriott Setia Alam
Harga bufet ni sepanjang bulan Ramadhan bermula 12 Mac 2024 sehingga 8 April 2024.
RM 148 NETT
RM 148 Nett per adult
RM 74 Nett per senior citizen above 60
RM 74 Nett per child 6 – 12 years old
Lokasi Courtyard by Marriott Setia Alam
No.6, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, Seksyen U13, 40170
Shah Alam, Selangor, Malaysia.