Halo~
Haritu Azim request nak berbuka mee goreng sebab nya dia nak puasa sunat hari Khamis. Ini first time aku masak mee goreng. Takut tak menjadi je sebab first time kan. Hahahaha.
Belum cuba belum tahu. So, aku masakkan je untuk dia dan juga bekal breakfast untuk Along.
Bahan-bahan Mee Goreng
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili api
- Ikan bilis
- Isi ayam
- Sos tiram
- Sos tomato
- Kicap manis
- Sayur sawi
- 1 biji tomato
Cara Penyediaan
- Celur mee kuning terlebih dahulu. Masak air sehingga mendidih. Masukkan mee kuning dalam 30 saat. Kemudian, angkat mee tersebut dan tapis.
- Kisar bawang putih dan cili api sehingga lumat. Kemudian, kisar ikan bilis (jangan sampai ikan bilis hancur)
- Panaskan minyak dan tumis bahan tadi sehingga kekuningan.
- Masukkan isi ayam sehingga separuh masak.
- Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis.
- Masukkan udang vannamei sehingga separuh masak.
- Masukkan sayur sawi dan tomato
- Kacau sehingga sebati
Aku pun tak sangka mee ni sedap. Ingatkan rasa pelik sebab first time masak Mee. Tapi alhamdulillah, boleh dimakan 😂 Along pun cakap sedap. Azim pun cakap sedap 👍

