Hola!
Tahun ni memang best giler team building! Kenapa? Sebab tak penat otak langsung! Semua aktiviti lebih kepada fizikal je. To be honest, aku rasa konsep team building sepatutnya memang macam ni. Buat aktiviti luar yang kita jarang buat waktu kerja. Dah la hari-hari kat ofis asyik guna otak, bila team building pun nak fikir lagi? Lah tiberrr 😜
Tempat pun cantik dan nyaman, dekat Paradise Valley, Broga, lebih kurang sejam lebih je dari office. Kita pergi naik bas, ibarat buspool gitu 😆
Sampai sana dalam pukul 8.30 pagi, terus sarapan dulu. Aku makan kuey teow.
Watchman Tower Challenge
Flying Fox
Aku jerit sekuat hati. Bukan sebab takut, tapi sebab saja nak lepaskan suara, lah tiberrr! 😂 Aku tak takut tinggi pun. Cuma nak naik ke atas tu agak seksa sebab kena daki bukit dulu. Aku memang tak minat hiking, serius penat. Tapi bila dah terbang turun tu, hilang rasa penat. Totally worth it!
Memanah (Archery)
Kayak
Dulu waktu sekolah, aku pernah main dengan makteh tapi langsung tak reti nak patah balik. Pergi je pandai, nak balik takut 😅 sampaikan lifeguard tu kena selamatkan kitaorang berdua dekat pantai. Tapi kali ni lain. Otak dah matang, logic sense pun dah kuat, mungkin sebab selalu main video game juga kot haha. Kali ni aku boleh kontrol arah dengan mudah dan bestnya, team aku menang! 🏆
Aktiviti Kolam
Habis semua aktiviti, petang tu aku terus terjun kolam dengan Farhana! Dari pukul 4.30 sampai 6.30 petang, tak naik-naik 😂 kalah budak kecil.
Turun gelongsor macam-macam gaya. Umi aku dah pesan, “Jangan mandi kolam!”. Sebab aku pernah lemas dua kali masa kecil 🙈. Tapi biasalah anak kedua, mana reti dengar cakap. Nasib baik kali ni ada colleague teman.
Yang terkejutnya aku baru tahu aku pandai berenang! 🤭
Cumanya, berenang ni memang guna banyak tenaga. Tangan dan kaki cramp habis, tapi tetap lawak la bila ingat balik!
Ada hari kedua tapi aktiviti yang itu lebih kepada teamwork which is still fun!
Aku rasa this is the best team building company yang aku pergi. Next year, please buat aktiviti fizikal lagi. Cukup la buat aktiviti guna otak. Penatzzz ☝😂


