Hello,
Muka berminyak ni benda paling aku menyampah dalam hidup aku. Bukan sebab tak cantik je, tapi sebab rasa tak selesa. Muka rasa berat, rasa macam tepek foundation.
Aku dah cuba macam-macam cara untuk kurangkan minyak di muka. Tukar skincare, tukar rutin, cuba itu ini. Tapi hasilnya… sama je. Tak ke mana. Bila masuk umur 23 tahun ke atas, aku perasan satu benda, muka aku makin susah nak jaga. Tona kulit tak sekata, jerawat pulak susah sangat nak hilang. Padahal dulu, tak payah try hard pun muka elok je. Flawless tanpa usaha.
Sampai satu tahap, aku betul-betul menyampah. Aku realize, mungkin masalah ni bukan salah skincare. Mungkin lifestyle aku sendiri yang bermasalah.
Aku scroll TikTok untuk cari orang yang ada masalah sama macam aku dan ternampak satu video. Perempuan tu tanya pasal tips untuk kulit berminyak. Scroll komen, ramai yang jawab benda sama: banyakkan minum air masak / air putih. Hydrate badan.
Jujur cakap, aku susah nak percaya. Macam terlalu simple untuk jadi solusi. Tapi bila dah terlalu desperate, apa je la yang aku tak sanggup cuba.
Aku pun buat keputusan untuk betul-betul ubah lifestyle. Aku cut air manis. Cheat day cuma Khamis, Sabtu dan Ahad. Aku try minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Padahal aku ni memang suka gila air manis dan tak suka sangat air kosong. Itu memang kelemahan terbesar lifestyle aku.
Minggu pertama sampai minggu kedua… Ya Allah, hidup aku macam dekat tandas je hahaha. Kejap-kejap terkencing. Kejap-kejap ulang-alik tandas. Serabut pun ada. Rasa macam buah pinggang aku kerja overtime. Tapi demi muka berminyak dan health, aku onz je la 😂
Masuk minggu ketiga, aku nampak perubahan. Aku dah tak kerap terkencing. Dan yang paling aku terkejut, jerawat tak tumbuh langsung. Muka aku pun dah tak berminyak macam dulu. Bangun pagi tak rasa nak lap muka dengan tisu.
Baru aku faham satu benda. Kadang-kadang kulit kita bukan minta skincare mahal. Dia cuma minta cukup air.
Aku bukan nak cakap air masak ni magic solution untuk semua orang. Tapi untuk aku, perubahan paling basic inilah yang akhirnya beri hasil. Skincare tetap penting, tapi kalau badan sendiri dehydrated, kulit pun jadi tak nice.
Kadang-kadang, jawapan dia lebih simple daripada yang aku sangka 🤍
